Nadi - Cybersecurity : Permulaan Di Universiti , Masa Depan Di Siber Sekuriti

7 November 2025 | Aktiviti Terkini

6 November 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Cybersecurity : Permulaan Di Universiti , Masa Depan Di Siber Sekuriti. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Bidang siber sekuriti ialah kerjaya penting dalam era digital yang melindungi komputer, rangkaian, dan data daripada serangan penggodam. Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam Teknologi Maklumat, Sains Komputer, atau Keselamatan Siber boleh menjadi pakar keselamatan siber, penganalisis, atau jurutera rangkaian.

Permintaan terhadap pakar bidang ini semakin tinggi kerana semua organisasi memerlukan perlindungan data. Dengan kemahiran teknologi dan tanggungjawab yang tinggi, kerjaya dalam siber sekuriti menjanjikan masa depan yang cerah dan dunia digital yang lebih selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali